Pengenalan
Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar dalam kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal menerajui kepimpinan sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan.
Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.
Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif. Pihak politeknik terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dah mahasiswi. Justeru, dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak politeknik. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik terhadap pelajar dengan konsisten dan berhemah.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Pergaulan Bebas
1. Diri remaja sendiri
Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Pada usia remaja juga kita akan
mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkaraperkara baru dalam
hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras
akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah
mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi.
Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut.
2. Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga.
Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu
mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta
memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang
cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi rakan kepada anak mereka
sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat
perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat
dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga turut memainkan
peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta
mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan,
pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang dikenalpasti
menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani
permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada di luar
rumah.
Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh
ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk
menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini yang
memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu pekerjaan
serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan
oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.
3. Sekolah
Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk terutamanya kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.
Selain itu pihak sekolah yang gagal
memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah
dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini terpinggir dan
tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibubapa seharusnya
menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang bermasalah agar pelajar mencari
penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari
individu lain sebagai jalan keluar.
4. Rakan sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja yang kebanyakannya
gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan
rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan
mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang
demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan
tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan
daripada rakan-rakan.
5. Pengaruh media massa
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas.
Penyebab Sekeliling Pergaulan Bebas
Dalam melalui fasa ini, remaja
seringkali mengalami isu pertumbuhan fizikal yang pesat, ketidakstabilan emosi,
krisis autonomi dan kebergantungan, krisis identiti, krisis keyakinan dalam
beragama, penghargaan kendiri, masalah seksualiti, konflik dengan ibu bapa dan
pengaruh rakan sebaya. Keadaan ini menyebabkan remaja sering berada dalam
keadaan tertekan. Bagi yang tidak mampu menanganinya dengan baik akan mengambil
jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan mencari teman untuk mencari
kebebasan dan keseronokan sendiri sehingga mendorong mereka terjebak dengan
gejala dadah, seks bebas, lari dari rumah, melepak dan jenayah.
1. Pertumbuhan fizikal
Malu dengan perubahan yang berlaku
menyebabkan remaja cenderung untuk merasa rendah diri, mengasingkan diri dan
lebih suka menyendiri. Contohnya kemunculan jerawat, perubahan bentuk badan dan
sebagainya. Mereka juga mula membuat perbandingan di antara dirinya dengan
sesiapa sahaja yang diingininya dan mengharapkan mempunyai fizikal seperti yang
diingininya.
2. Ketidakstabilan emosi
Remaja juga mengalami banyak masalah
perubahan emosi, kebolehan kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri, krisis
identiti, konflik autonomi dan bersandar serta keraguan bagi memulakan
perkaraperkara baru dalam kehidupan serta sering tidak dapat mengendalikan
emosi dengan baik & rasional. Mereka sering mengalami perasaan marah, takut,
gembira, risau, sedih, gelisah dengan pengalaman yang baru dilalui dalam hidup.
3. Krisis autonomi & pergantungan
Inginkan kebebasan tetapi masih terikat
dengan ibu bapa/ penjaga dan tidak berkeupayaan. Pergantungan juga berlaku
terhadap rakan untuk mendapat pengiktirafan, harga diri.
4. Krisis identiti
Di dalam fasa ini remaja mula membentuk
identiti diri. Pada fasa ini, sekiranya mereka berjaya menangani krisis
tersebut dengan baik, maka mereka akan berupaya membentuk identiti diri dan
personaliti yang berjaya. Sebaliknya, sekiranya mereka gagal menangani krisis
pada fasa ini, maka mereka akan berdepan dengan kecelaruan dan konflik identiti
diri. Di dalam proses mencari identiti ini, mereka mula mencari idola
menyebabkan mereka mudah meniru perkara yang dikagumi seperti cara berfikir,
berpakaian, bergaul, bercakap dan lain-lain. Pada fasa inilah berlakunya
pertembungan di antara keinginan dan kebimbangan yang membuak-buak untuk
menempuh ke alam dewasa. Tambahan pula, akses remaja bandar kepada media
amatlah mudah. Media kini menjadi satu unsur proses sosialisasi remaja pada
masa kini. Perkembangan di dalam bidang ICT negara yang pesat seperti kewujudan
laman-laman sosial, siaran televisyen yang pelbagai menyebabkan sebahagian
besar daripada waktu rehat remaja bandar dihabiskan dengan penggunaan media.
Sikap remaja yang menginginkan
keseronokan. Ditambah lagi apabila kurang pengawasan dalam aktiviti mereka
menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan
sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk sesuatu
perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual.
Justeru, remaja perlu dididik untuk menanam kepercayaan terhadap diri dan orang
lain, berautonomi dan berinisiatif, agar mereka mampu dan yakin menyelesaikan
krisis identitinya secara positif
5. Krisis keyakinan beragama
Kebanyakan remaja yang bermasalah dari
segi pegangan agama biasanya tidak yakin dengan adanya hukuman tuhan. Mereka
akan menyalahkan tuhan apabila ditimpa sesuatu kesusahan dan akan keluar
mencari jalan penyelesaian sendiri. Justeru, para ibu bapa diseru agar
memberikan didikan agama yang sewajarnya dan memastikan penghayatan agama perlu
diterapkan di dalam diri anakanak. Agama boleh dijadikan pegangan moral dalam
diri remaja agar mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak
bermoral.
6. Penghargaan kendiri
Penghargaan kendiri ini adalah
bagaimana remaja melihat diri sendiri. Apabila melihat diri secara positif
remaja akan mempunyai penghargaan kendiri tinggi dan berkembang secara positif.
Contohnya; melihat diri sebagai cantik, sopan, lemah, tidak berguna adalah
berkaitan dengan penghargaan yang ada di dalam diri seorang remaja itu terhadap
diri mereka sendiri.
7. Masalah seksualiti
Perkembangan biologi dan psikologi
mendorong kepada perkembangan seksual. Nafsu atau dorongan seksual perlu
disalurkan dengan cara yang betul dan dapat diterima oleh agama dan masyarakat.
Kegagalan remaja untuk mengawal masalah ini akan menyebabkan berlakunya
pelbagai jenayah lain seperti pergaulan bebas yang mendorong kepada jenayah
pembuangan bayi, lari dari rumah dan sebagainya. Pergaulan bebas di antara
remaja lelaki dan perempuan yang mendorong kepada permasalahan jenayah seperti
seks bebas yang mendorong kepada maslaah jenayah lain
8. Konflik dengan ibu bapa dan keluarga
Ibu bapa merupakan peneraju terpenting
dalam sesebuah sistem keluarga. Kualiti pembangunan dan kesejahteraan hidup
golongan remaja amat dipengaruhi oleh kualiti persekitaran di mana mereka
dibesarkan.
Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang
drastik dan keperluan terhadap keperluan untuk memenuhi keperluan ekonomi
keluarga menyebabkan semakin ramai ibu
bapa yang terpakasa bekerja. Kesibukan terhadap pekerjaan ini menyebabkan
semakin ramai ibu bapa yang kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu-bapa dan
gagal untuk memberi pengawasan moral kepada anak-anak. Kajian yang dijalankan
oleh Selvaratnam, Noraini dan Norlaila (2010) mendapati kekurangan di dalam
perhubungan ini telah memberikan kesan kepada jiwa remaja anak-anak. Tambahan
pula adanya harapan dan matlamat atau peraturan ibu-bapa yang dirasakan
bertentangan dengan nilai remaja menyebabkan mereka mula memberontak dan
mencari kelompok yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka dan akhirnya terjebak
dengan pergaulan bebas.
9. Pengaruh rakan sebaya
Remaja yang tidak mendapat perhatian
dari rumah terutamanya daipada ibu bapa akan mencari rakan sebaya yang boleh
memenuhi ego dan keperluan tersebut. Mereka akan menggabungkan diri mereka
membentuk satu kumpulan remaja. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lebih
mempercayai rakan daripada ahli keluarga sendiri.
Kesan-Kesan Pergaulan Bebas
1. Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
2. Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa
maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
4. Kes pelacuran
Mengikut surat khabar jurnal, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Pinang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.
5. Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.
6. Peningkatan kes keguguran
Perlakuan seks bebas semakin menular
dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak
berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas
dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti
kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa
bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan
mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah.
7. Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin
Perkara ini berlaku kerana pergaulan
yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat.
Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik
yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ
terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan
kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.
8. Kemerosotan pelajaran
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.
Langkah-Langkah Menghindari Pergaulan
Bebas
1. Memperkuat pendidikan agama
Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.
2. Membentuk karakter yang positif
Pembentukan 4 karakter manusia sejak kecil sangat diperlukan agar ia dapat menjadi peribadi yang kuat dan berpendirian kukuh, sehingga walaupun mempunyai kesempatan untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan dirinya. Teguh berpegang pada prinsip hidup merupakan salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas.
3. Mempererat hubungan orang tua dan anak-anak
Hubungan orang tua dan anak yang erat
secara langsung akan memberikan pengawasan yang lebih baik kepada anak. Jika
anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka akan dapat langsung bertanya
mengenai berbagai macam persoalan bahkan yang dianggap sensitif dan tabu
seperti seks bukannya mencari informasi yang bisa jadi menyesatkan pada pihak
lain.
4. Memberikan pendidikan seks pada anak
dan remaja
Keingin tahuan remaja mengenai hal yang
berkaitan dengan seksualitas terkadang tidak mendapatkan penyaluran yang benar,
sehingga mereka terkadang akan mencari tahu melalui jalan yang salah. Informasi
yang berkaitan dengan seksualitas sepatutnya didapatkan anak sejak dini, tentu
saja disesuaikan dengan bahasa yang cocok dengan usia anak. Dengan demikian
mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat dari pergaulan bebas
5. Mengisi waktu lapang
Salah satu faktor yang turut memberi
kesempatan bagi remaja dengan kehidupan bebas adalah tersedianya
banyak waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan kegiatan yang
positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang
menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi
waktu melalui kegiatan positif.
6. Memperluas pengetahuan
Ada yang menyatakan bahawa
knowledge is power, dimana pengetahuan adalah kekuatan yang akan membuka minda dan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan pilihan hidupnya
karena ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan dampak dari pilihan
– pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit
pilihan, ia tidak akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk
kehidupannya. Misalnya, jika ia tidak mempunyai pilihan lain selain gaya hidup
bebas, maka ia tidak akan dapat melakukan cara menghindari pergaulan bebas.
7. Membatasi pergaulan
Pergaulan bebas bukanlah cara hidup
yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan ditimbulkan pada seseorang jika
menjalaninya. Untuk menghindari pergaulan bebas, ada baiknya jika membatasi
pergaulan kepada lingkungan atau teman yang hanya akan memberikan pengaruh
positif.
9. Menetapkan tujuan hidup
Orang yang tidak memiliki tujuan dalam
hidupnya akan sangat mudah tersesat. Termasuk terjerumus pada pergaulan bebas.
Maka sangat penting bagi seseorang untuk mengetahui apa tujuan hidupnya dengan
tepat, agar dapat memfokuskan diri pada hal yang diperlukan untuk mencapainya
dan tidak teralihkan oleh hal – hal yang buruk.
10. Membatasi waktu di luar rumah
Terlalu banyak waktu yang digunakan
untuk melakukan kegiatan di luar rumah yang kurang bermanfaat, membuka peluang
bagi pengaruh buruk untuk masuk. Sebaiknya, batasilah kegiatan di luar rumah
yang kurang penting agar dapat memfokuskan diri kepada cara hidup yang positif.
Rumusan/Penutup
Akhir kalam sebagai penutup bicara, hati kita ini adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja yang melibatkan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti ini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak seperti keluarga, institusi pendidikan, peranan komuniti, media massa dan peranan pelaksana undang-undang adalah amat diperlukan dalam usaha membendung pergaulan bebas remaja pada hari ini. Kesemua pihak ini harus mencegah gejala ini bermula dengan pendidikan dan penghayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.
https://www.google.com/amp/s/dosenpsikologi.com/cara-menghindari-pergaulan-bebas/amp
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-bebas.html?m=1
Lampiran
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah ini adalah dalam kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini semua sangat menggerunkan kita.